Wednesday, March 19, 2008

Cerita Teladan … Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

 

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

 

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:

 
"Oh, Ianya terlalu sukar!"

"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"

"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.


Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

 

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

 

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

 

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

 

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.


Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

 

Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

 

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

 

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

 

Sunday, March 2, 2008

Perlukah Ade Minat Memasak?

Perlukah ade minat untuk berbiznes?

Soalan ini selalu bermain di fikiran Bro. Malah, bila Bro suarakan impian untuk berbiznes, mesti ade yang bertanya 'Bro minat ke?'

Minat Memasak? Nak difikirkan, sekarang ni Bro jarang-jarang masuk dapur ... ni gara-gara ade pembantu atau helper di rumah. Ye lah, bila segalanya dah selesai, ape lagi nak dibuatnya; melepak le depan tv dengan astro!

Masa zaman kolej dulu, Bro hari-hari masak di rumah. Abih tu, dah duduk di "obesi", kedai makanan halal ni sukar dicari, kalau tak masak, takkan nak bancuh mee segera hari-hari! Nak beli makanan di kedai hari-hari lari pula bajet nanti!

Bila masak masa tu, kalau datang malas, Bro masak aje sup ayam ... tumis bahan lebih kurang, masuk air, daging ayam, kentang, lepas tu biar sampai sup masak & letak le garam secukup rasa. Kalau tak pun, masak kari ayam. Lebih kurang aje caranya ... letak-letak bahan, lepas tu biar sampai masak. Sementara tu boleh le baca buku ke, buat assignment ke, discussion ke, atau just borak-borak dan tengok tv.

Kalau di rumah sekarang ni, kadang-kandang ade juga Bro buat nasi ayam, lempeng pisang, cucur pisang, pisang goreng (hehehe ... Bro memang penggemar pisang), spegeti ... alaa, yang simple simple aje. Masak nasi, jerang air, buat telur goreng & bake bean boleh kira juga ke?

So, boleh ke ini dikatakan minat?

Pengalaman Pertama Berkursus

Selama ini ilmu memasak Bro cuma dengan mengikuti kelas memasak arwah nenek, mak serta makcik-makcik Bro, dan juga dari resepi-resepi yang Bro dapat dari mak kawan-kawan Bro, dari majalah dan juga dari siri memasak di tv.

Minggu lepas, Bro berpeluang mengikuti kursus masakan dari pengajar yang telah lama berkecimpung dalam "Food Business". Walaupun untuk masakan yang "simple" dan masa yang singkat, namun penuh pengisian dengan demo dan "Q & A" dari pakar sepanjang waktu kursus.

Satu perkara yang Bro perhatikan berkenaan kursus sebegini ... majoriti yang hadir selalunya kaum hawa, seperti yang Bro alami semasa berkursus. Namun, kursus ini semestinya bukan yang terakhir untuk Bro. Impian bergelumang dalam "Food Business" tetap panas membara.




gambar semasa kursus, ikhsan kedai2020.com Nota: Bro lah yang kat belakang tu berbaju merah; ya, Bro the only guy masa kursus tersebut

Sunday, February 24, 2008

Bermula Perjalanan Chef Kampung

“Ayang, abang rasa nak start biznes la …”

“Biznes? biznes ape?”

“Emmm … restoran …”

“Bior betul bang? Tak penah pun ayang nampak abang masuk dapur … tup tup nak bukak restoran … sapa yang nak masak? Bukan senang nak start restoran ni. Banyak restoran yg tutup, tak tahan lama. Biasanya tutup sebab tukang masak. Itu belum lagi perangai pembantu kedai. Abang ni pandai ke masak? Setakat jadi bos aje payah le…”

Hahaha … ni bukan dialog drama or dialog kat rumah Bro. Tapi, ni le dialog yang bermain dalam kepala Bro masa nak mulakan cerita kat wife Bro tentang impian Bro ni.

Alhamdulillah, wife Bro, DrZ, tak le beri reaksi negatif seperti tu, cuma dia caution Bro supaya memikirkannya masak-masak (hehehe PUN intended). Malahan, DrZ siap beri pandangan tentang masakan yang boleh Bro ketengahkan; semuanya favorite dia le hehehe …

Sebenarnya, memulakan biznes sendiri ni udah agak lama juga Bro impikan, cuma akhir-akhir ini makin membuak-buak. Dah bertahun-tahun jadi kuli, nak juga rasa jadi bos. Tapi kan, orang kata, bila mula biznes ni, Bro le bos dan Bro juga le kulinye huhuhu …

Orang pun ada kata, bila biznes sendiri punya, semua tindak-tanduk sendiri punya tanggungjawab le. Hmm, untung rugi, naik turun, atas bahu kita … berat jugak tu.

Macamana le agaknya perjalanan ini? Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu yang lemah ini. Amin.